Saya selalu terfikir, apa yang akan terjadi pada saya di akhirat kelak? Dihimpunkan bersama manusia-manusia bermula zaman Nabi Adam A.S hingga umat terakhir iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W. Dengan amalan saya yang sedikit ini, mampukah menampung segala dosa yang bertimbun? Mmmmm..
Terus-terang saya katakan, saya takut mati. Mati di dalam kekufuran, mati di dalam nikmat dosa dunia, mati di dalam kemurkaan Allah S.W.T. Saya selalu memikiran perkara itu.
Petikan ini dari facebook saya. Untuk pedoman dan renungan bersama.
Cuba pejamkan mata.
Bayangkan wajah-wajah yang kamu sayang.
Wajah-wajah itulah akan bersama kamu di akhirat kelak
Di akhirat kelak, kamu akan dikumpulkan di padang mahsyar bersama orang-orang kamu sayang.
Kalau kamu agung-agungkan artis-artis sekarang, maka kelak pun kamu berada bersamanya di padang mahsyar kelak.
Pasti ada yang bertanya " Kenapa saya bersama dia? "
" Dialah orang yang kamu agung-agungkan sewaktu di dunia dahulu"
Masih belum terlewat untuk mencintai orang yang betul.
Bayangkan tangisan Rasulullah s.a.w di padang mahsyar sewaktu ingin membantu ummat kelak. Hanya Rasulullah s.a.w boleh beri syafaat kepada ummat.
Jom berselawat.

No comments:
Post a Comment