Alhamdulillah rahmat Allah SWT itu luas, seluas sehingga tidak terukur oleh insan. Hari ini, saya dengan rendah diri mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana masih mengasihani walaupun dosa-dosa masa dahulu masih lagi menghantui..
Terus-terang saya cakapkan, jikalau murka Allah SWT itu tertimpa atas diri, memang akan rosak binasalah diri. Kawan-kawan sekalian, turutilah agama kita yakni Islam kerana itu adalah sebaik-baik agama yang diturunkan dari langit kepada kita semua.
Kawanku Encik Adhan, semoga kamu beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat. Saya selalu doakan perkara yang sama kepada kamu, yakni rahmat dan kesejahteraan dari Allah SWT. Semoga kita berjumpa lagi.
Akhir kata, semoga saya dipanjangkan umur untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan yang saya kira singkat ini. Amin.

No comments:
Post a Comment